Tengku Farith Ritahuddeen


Tengku Farith Rithauddeen merupakan salah seorang penggerak industri Teknologi Maklumat (IT) di Malaysia. Pembabitan beliau di dalam industri IT di Malaysia bermula sejak dari awal tahun 1990.
Merupakan Presiden dan salah seorang pengasas SKALI (Alam Teknokrat Sdn Bhd), beliau bersama tiga rakan-rakan lain iaitu Aimi Aizal, Maznida Mokhtar dan Azmi Ahmad telah menubuhkan SKALI pada tahun 1997.
Kerjaya beliau bermula di dalam bidang perbankan di Commerce International Merchant Bankers (CIMB) dan walaupun mempunyai peluang yang cerah mendaki tangga korporat, beliau bertekad memilih untuk menjadi usahawan tekno bersama beberapa rakan-rakannya untuk meredah arus perkembangan ICT negara menerusi SKALI.
Di CIMB beliau memainkan peranan penting di dalam jabatan Kewangan Korporat dan Pemasaran Modal dan mempunyai pengalaman yang luas mengenai penstrukturan korporat dan kewangan.
Melalui pengalamannya di CIMB, beliau telah berjaya membina rangkaian perniagaan yang kukuh dengan beberapa bank pelaburan di Malaysia, para analisis, pelabur modal kapital dan para pelabur, dan terbabit di dalam pembangunan strategik konsultansi korporat untuk Pelabuhan Penang, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan KPJ Healthcare Bhd.
Seterusnya, beliau mengembangkan kerjayanya di Road Builder (M) Holdings Berhad dan bertanggungjawab di dalam pembangunan strategik untuk projek-projek pembinaan dan infrastruktur. Di Road Builder, beliau memainkan peranan penting dalam mendapatkan beberapa projek-projek penswastaan yang berkaitan pembinaan dan infrastruktur.
Tengku Farith juga pernah mengetuai sebuah syarikat pengeluar tempatan yang terbabit di dalam pengeluaran bahan-bahan pembinaan. Berkhidmat selama empat tahun di syarikat terbabit, beliau bertanggungjawab mengendalikan seramai 160 kakitangan dan mengendalikan dua kilang pengeluaran serentak.
Tengku Farith juga merupakan Presiden untuk Pertubuhan Usahawan Teknokrat Malaysia (TeAM) Technopreneurs Association of Malaysia. TeAM telah ditubuhkan untuk membantu pembangunan teknologi maklumat di Malaysia.
Selain itu, beliau juga merupakan salah seorang pengasas NEF (New Entrepreneur Forum) sebuah badan yang membantu pembangunan usahawan bumiputera di Malaysia.
Pada tahun 2002, beliau telah dipilih di dalam senarai 100 pemimpin untuk 100 Global Leaders for Tomorrow (GLT) daripada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland dan telah dianugerahkan Anugerah Usahawan Muda daripada Dewan Perniagaan Melayu Muda pada tahun 2004. [DPMM].
Kecemerlangan Tengku Farith terbukti apabila dia diberi kepercayaan menjadi ahli kounsel bagi NITC dan Technopreneur Flagship - MDC
Tengku Farith merupakan lulusan Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Carleton pada 1992.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Tengku_Farith_Ritahuddeen
Sumber : http://www.team.net.my/images/team/TeAM%20Council%20Profiles/profile%20of%20tengku%20farith%20rithauddeen.pdf

Mohd Zulfadli













Mohd Zulfadli atau lebih dikenali dengan panggilan SmartZul merupakan seorang usahawan sepenuh masa yang melakukan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005.
Bidang fokus beliau adalah penulisan dan penerbitan sendiri produk informasi seperti ebook, audio, video, blog dan sebagainya.
Kini, fokus utama beliau adalah menghasilkan produk-produk informasi yang memberi manfaat kepada individu/pihak yang memerlukan penyelesaian dan panduan yang berkaitan. Beliau juga dijemput memberikan ceramah mengenai perniagaan Internet dan mengendalikan bengkel (sebagai Trainer).
Setelah berkecimpung dalam bidang ini secara sepenuh masa selama lebih 5 tahun, beliau meneruskan langkah perjuangannya dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran kepada rakyat Malaysia yang berminat dan serius untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau sekurang-kurangnya menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
Versi ringkas: Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan “WordPress Blogging”. Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.
Antara usaha yang beliau lakukan:
  1. Menulis secara aktif di blog (sejak tahun 2005 sehingga sekarang)
  2. Menulis ebook (percuma dan berbayar)
  3. Aktif di forum komuniti dan laman web sosial seperti Facebook
  4. Menulis buku
  5. Konsultasi, seminar, bengkel dan personal coaching (berbayar)
  6. Memberi ceramah di IPT-IPT tempatan dan NGO.
  7. Membantu usahawan-usahawan internet yang sedang meningkat naik terutama yang mempunyai potensi besar untuk berjaya.
  8. Membuka ruang soal jawab melalui emel dan juga blog.
Di antara bidang pengkhususan beliau dalam bidang Internet Marketing adalah:
  1. WordPress & Blogging
  2. Email Marketing
  3. Affiliate Marketing
  4. Teknikal IT untuk Internet Marketing
  5. Penerbitan Produk Informasi
  6. Facebook Marketing
Beliau juga amat berminat di dalam bidang pembangunan diri, bisnes dan keusahawanan di mana topik-topik tersebut juga kerap ditulis di blog ini dan juga di Facebook.
Produk
Buat masa ini beliau lebih kepada penghasilan produk-produk informasi seperti ebook, video, audio, manual, simple systems dan juga laporan ringkas (special report). Antara produk yang telah diterbitkan:
  1. Pakej Kit Blogger
  2. Panduan Kuasa Forum
  3. Sistem EZSurvey
  4. Teknik Mudah Affiliate
  5. Sistem DPP
  6. Kuasa FTP (Terbaru!)
  7. Panduan Asas Paypal (Terbaru!)
  8. Pejuang Impian (Terbaru!)
Setakat ini, produk yang paling hangat mendapat sambutan adalah Pakej Kit Blogger di mana lebih daripada 1500 orang telah mendapat manfaat daripada panduan tersebut dalam membina blog dot com mereka sendiri.

Sejak tahun 2005-2007, beliau aktif di dalam menjalankan program seminar Internet Marketing bersama beberapa orang rakan seperniagaannya, di samping melakukan secara persendirian sama ada ceramah, seminar, konsultasi dan juga bengkel perniagaan internet.
Prinsip beliau dalam membimbing setiap individu adalah membina asas dan tapak yang kukuh, sebelum mula menyasarkan matlamat yang lebih besar. Selain itu, beliau kerap menekankan aspek hakikat sebenar perniagaan Internet tanpa menjanjikan sesuatu yang manis semata-mata.

Sumber : http://blog.smartusaha.com/mengenai-smartzul/

Irfan Khairi














USAHAWAN : Encik Irfan Khairi
UMUR            : 25
SYARIKAT    : Irfan Khairi Sdn Bhd

Irfan Khairi mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire
University, United Kingdom.
Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat
IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia
dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran
Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada
ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan
sistem Learning Grid tersebut.
Oleh kerana ,minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan
perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada
tahun 1999.
Selepas memdapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda
pendapatan bekerja 9 – 5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian
kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi.
Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya
menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu
perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan
peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya…. hanya RM500. Ketika itu,
beliau hanya berusia 25 tahun!
Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young
Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom.
Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai
generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan.


Media
Pakar perniagaan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku
terlaris dan personaliti TV/Radio. Selepas mendalami ilmu pembangunan diri dan
menyelidik beribu insan dan perniagaan yang berjaya, Irfan telah menubuhkan Irfan
Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beribu insan menjalankan hidup yang
lebih bahagia dan kaya.
Seorang jutawan ketika berumur 25 tahun melalui perniagaan Internet, Irfan Khairi
percaya bahawa mindset adalah kunci dalam membina kekayaan dan telah membantu
ramai menjadi bebas kewangan.

Sumber:  http://ms.wikipedia.org/wiki/Irfan_Khairi
Sumber:  http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=categories&category_id=30

Adly Mukhtar & Mohd. Zhafran Mohd Ghani


















BIDANG perniagaan dalam talian atau e-dagang semakin popular dalam kalangan usahawan hari ini. Ia menjadi medium terbaru membolehkan mereka meningkatkan penjualan dengan lebih efisien dan berkesan.


Penggunaan laman web, blog atau rangkaian sosial Facebook untuk menceburi bidang perniagaan secara sambilan adalah satu idea kreatif kerana tidak memerlukan modal yang besar dan menjimatkan masa.


Tidak mustahil dengan menggunakan pendekatan terbaru itu dan strategi perniagaan yang mantap, ia mampu memberi impak, malah dapat membawa pulangan lumayan kepada usahawan dan individu terbabit.


Bagaimanapun, menjalankan perniagaan dalam talian memerlukan pengetahuan dari segi teknikal untuk memastikan kelancaran transaksi urus niaga dapat dilakukan dengan sempurna.


Kesukaran memahirkan diri dari segi teknikal sedikit sebanyak menjadi antara faktor impian bergelar usahawan menerusi e-dagang hanya omong kosong sahaja.


Namun begitu, impian tersebut bakal menjadi realiti apabila menggunakan aplikasi sistem kedai dalam talian keluaran syarikat tempatan, Flarebiz Network yang diberi nama Niagakit.


Flarebiz Network yang diasaskan oleh dua usahawan muda Internet, Adly Mukhtar, 20 dan Mohd. Zhafran Mohd Ghani, 24, pada awal tahun 2007 mengambil masa selama hampir satu tahun untuk membangunkan aplikasi Niagakit tersebut.


Adly berkata, dia dan Mohd. Zhafran telah membangunkan aplikasi berkenaan bersama seorang lagi rakan mereka iaitu Rusdy Ahmad pada awal tahun lalu.


Adly merupakan pemegang Diploma Kejuruteraan Komputer, Universiti Malaysia Perlis menambah, dia merasakan aplikasi berkenaan perlu dibangunkan untuk membantu bakal-bakal usahawan dalam talian.


Kata anak kelahiran Kelantan itu, dia yang mempunyai latarbelakang teknologi maklumat juga berdepan dengan masalah, inikan pula mereka tidak berpengalaman dalam bidang teknologi.


Mohd. Zhafran pula menambah, ciri-ciri lain ditawarkan oleh aplikasi Niagakit termasuklah antara muka yang mempunyai reka bentuk ringkas, kemas dan profesional memudahkan usahawan serta pelanggan menggunakannya.


"Masalah yang kerap kali dihadapi usahawan Internet adalah sukar mencari sistem kedai dalam talian yang mempunyai sistem pembayaran khas untuk bank tempatan.


"Dengan menggunakan NiagaKit, kami mengutamakan pembayaran melalui bank tempatan kerana orang Malaysia lebih suka membeli-belah di Internet melalui MayBank2u, CIMB Clicks dan sebagainya," ujar Mohd. Zhafran.


Graduan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Perak itu menambah, antara ciri-ciri lain yang terdapat dalam Niagakit adalah bukti pembayaran melalui bank tempatan, pelbagai pilihan bahasa, variasi warna, penetapan kos penghantaran fleksibel dan banyak lagi.


Katanya, keistimewaan lain Niagakit juga adalah ia membolehkan pelanggan memaklumkan kepada rakan-rakan mereka melalui laman sosial seperti Facebook, Digg atau Myspace.




Sumber : http://kisahusahawan.blogspot.com/search/label/Usahawan%20Internet

En. Zulkifli Aman















USAHAWAN  : En. Zulkifli Aman
SYARIKAT     : Aman Network

WALAUPUN tidak pernah mempelajari bidang komputer dan teknologi maklumat (IT), ia tidak menghalang bagi Zulkifli Aman untuk menceburi perniagaan internet. Sungguhpun memiliki latar belakang dan kepakaran dalam bidang Seni Kraftangan Tekstil, namun beliau nekad untuk menyertai perniagaan internet.

Pengalaman hampir sepuluh tahun dalam perniagaan networking secara sambilan telah menyedarkan beliau bahawa teknologi internet dapat membantu hampir seratus peratus perniagaan networking. Sebagaimana networker lain, beliau telah penat menghantar flyers, membuat temujanji "table talk" mengejar prospek di kalangan rakan-rakan, saudara mara.

Pada permulaan beliau mempromosikan perniagaan network beliau dalam laman sosial Facebook, Tagged dan Twitter, tetapi cara itu dirasakan amat sukar memandangkan beliau belum ada pengalaman dan memiliki laman web yang kurang sempurna, hanya menyalin dari laman web pihak lain.

Ketiadaan ilmu membuat website menyebabkan beliau terpaksa mengupah webmaster. Duit telah dijelaskan tetapi sehingga kini satu laman website tidak pun disiapkan. Menyedari hakikat itu, beliau sedar bahawa sebenarnya tiada jalan singkat untuk berjaya dalam perniagaan online selagi ilmu membuat website tidak dipelajari.

Beliau terus mengikuti kursus membuat website selama dua hari di samping mempelajari teknik teknik pemasaran secara online. Sebaik menamatkan kursus, latihan membuat  website dilakukan sendiri sehinggalah berjaya menyiapkan hampir sepuluh buah laman website.

Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan internet, tambahan pula ilmu membina website dan marketing online berjaya dikuasai, akhirnya beliau menubuhkan Aman Network untuk menggiatkan lagi aktiviti perniagaan internet dengan lebih serius dan professional.

Sungguhpun tidak sehebat pakar-pakar internet, tetapi website yang dibina itu berjaya menarik "traffic” yang tinggi dan secara tidak langsung telah berjaya menghasilkan sedikit pendapatan untuk bayar bil-bil keperluan. Ia sudah memadai bagi Zulkifli di peringkat permulaan.
Rahsia Kejayaan Amannetwork
Ramai kenalan yang bertanya. Adakah cara untuk  menjana pendapatan dengan cepat di internet?  Jawabannya "tidak ada short cut" setakat ini belum ada lagi cara menjana pendapatan dengan cepat sebab saya sendiri belajar "yang dah agak lewat" dari asas bermula dengan belajar membuat website  dan seterusnya barulah saya belajar cara cara mempromosikan laman website.

Apabila mempunyai ilmu barulah saya mula menikmati pendapatan dan saya mengambil masa lima bulan. Masa 18 jam sehari latihan untuk menguasai kemahiran menjalankan perniagaan internet. Sehingga hari ini saya masih mempelajari lagi perkara-perkara yang baru.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Mazelan Abbas kerana beliau adalah guru yang mengajar saya dalam GDI di Malaysia.
 

Encik Hishamuddin Mohamed Amin















UMUR             : 41
SYARIKAT     : ASPATI Sdn. Bhd. (ASPATI)

ASPATI Sdn. Bhd. (ASPATI) diasaskan oleh Encik Hishamuddin bersama dengan isterinya pada tahun 1997. Syarikat ini terlibat dalam bidang ICT khasnya pembangunan produk multimedia. Baru-baru ini, Encik Hishamuddin telah dianugerahkan Usahawan ICT 2003 oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal tetapi beliau mendapat maklumat tentang bidang ini semasa belajar di UTM di dalam bidang pemetaan digital (digital mapping). Dari situlah beliau terdorong untuk menceburi bidang ini kerana beliau melihat potensi multimedia dalam konteks yang luas dalam jangka masa yang pendek dan modal yang rendah. Berdasarkan pengamatan beliau juga, produk multimedia di Malaysia sangat terhad walaupun permintaannya tinggi. Adalah menjadi hasrat beliau untuk mempelbagaikan produk multimedia dalam bahasa Malaysia selari dengan galakan Kerajaan untuk rakyat Malaysia mengaplikasikan penggunaan ICT dalam kehidupan harian.

ASPATI bermula sebagai sebuah enterprise pada tahun 1997 dan ditukarkan kepada ASPATI Sdn. Bhd pada tahun 2000. Lokasi awal ASPATI terletak di Taman Cahaya, Ampang kemudian berpindah ke bangunan pejabat di Pandan Safari dan sejak 3 tahun lepas ASPATI beroperasi secara rasmi di Hicom Town Centre, Shah Alam. Dalam proses pertukaran seagai sebuah syarikat Sdn. Bhd ini, ASPATI telah mengambil alih Qiam Point Trading, iaitu sebuah syarikat ICT yang telah mempunyai potensi pelanggan sedia ada.

ASPATI tidak mempunyai kakitangan khusus dalam aspek pemasaran. Walaupun begitu, nama ASPATI sering meniti di bibir pelanggannya atas kualiti produk yang dipercayai dan secara tidak langsung ia menjadi saluran pemasaran bagi pihak ASPATI. Sehingga kini kakitangan ASPATI adalah seramai 12 orang pekerja tetap sepenuh masa.
Budaya kerja yang diamalkan oleh Aspati adalah, kakitangan perlu bekerja dalam keadaan gembira kerana ia akan meningkatkan kualiti kerja. Di samping itu, ketua perlu bersama-sama dengan kakitangan dalam menyiapkan sesuatu projek. Jangan malu belajar daripada kakitangan jika tidak tahu. Sebaiknya ketuamestilah mempunyai lebih pengetahuan daripada kakitangan.
Perancangan ASPATI bagi mengekalkan prestasi syarikat yang cemerlang ini adalah mereka akan cuba untuk melengkapkan syarikat dengan system pengurusan yang lebih baik dari segi kewangan, mendapat lessen bagi perisian yang kami gunakan, mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, menjadi hubungan dengan pelanggan sedia ada di samping menambah pelanggan baru.
Mereka juga akan memastikan supaya setiap tahun mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pelanggan baru. Bagi mengekalkan prestasi ini, kami merangka satu pelan induk perancangan projek sepanjang tahun.

Sumber : http://spmanagement.wordpress.com/2007/06/22/anugerah-usahawan-ict-2003/
Sumber : http://www.aspati.com.my/sekolah/index.php?aspati-profile-(eng),70