Encik Hishamuddin Mohamed Amin















UMUR             : 41
SYARIKAT     : ASPATI Sdn. Bhd. (ASPATI)

ASPATI Sdn. Bhd. (ASPATI) diasaskan oleh Encik Hishamuddin bersama dengan isterinya pada tahun 1997. Syarikat ini terlibat dalam bidang ICT khasnya pembangunan produk multimedia. Baru-baru ini, Encik Hishamuddin telah dianugerahkan Usahawan ICT 2003 oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal tetapi beliau mendapat maklumat tentang bidang ini semasa belajar di UTM di dalam bidang pemetaan digital (digital mapping). Dari situlah beliau terdorong untuk menceburi bidang ini kerana beliau melihat potensi multimedia dalam konteks yang luas dalam jangka masa yang pendek dan modal yang rendah. Berdasarkan pengamatan beliau juga, produk multimedia di Malaysia sangat terhad walaupun permintaannya tinggi. Adalah menjadi hasrat beliau untuk mempelbagaikan produk multimedia dalam bahasa Malaysia selari dengan galakan Kerajaan untuk rakyat Malaysia mengaplikasikan penggunaan ICT dalam kehidupan harian.

ASPATI bermula sebagai sebuah enterprise pada tahun 1997 dan ditukarkan kepada ASPATI Sdn. Bhd pada tahun 2000. Lokasi awal ASPATI terletak di Taman Cahaya, Ampang kemudian berpindah ke bangunan pejabat di Pandan Safari dan sejak 3 tahun lepas ASPATI beroperasi secara rasmi di Hicom Town Centre, Shah Alam. Dalam proses pertukaran seagai sebuah syarikat Sdn. Bhd ini, ASPATI telah mengambil alih Qiam Point Trading, iaitu sebuah syarikat ICT yang telah mempunyai potensi pelanggan sedia ada.

ASPATI tidak mempunyai kakitangan khusus dalam aspek pemasaran. Walaupun begitu, nama ASPATI sering meniti di bibir pelanggannya atas kualiti produk yang dipercayai dan secara tidak langsung ia menjadi saluran pemasaran bagi pihak ASPATI. Sehingga kini kakitangan ASPATI adalah seramai 12 orang pekerja tetap sepenuh masa.
Budaya kerja yang diamalkan oleh Aspati adalah, kakitangan perlu bekerja dalam keadaan gembira kerana ia akan meningkatkan kualiti kerja. Di samping itu, ketua perlu bersama-sama dengan kakitangan dalam menyiapkan sesuatu projek. Jangan malu belajar daripada kakitangan jika tidak tahu. Sebaiknya ketuamestilah mempunyai lebih pengetahuan daripada kakitangan.
Perancangan ASPATI bagi mengekalkan prestasi syarikat yang cemerlang ini adalah mereka akan cuba untuk melengkapkan syarikat dengan system pengurusan yang lebih baik dari segi kewangan, mendapat lessen bagi perisian yang kami gunakan, mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, menjadi hubungan dengan pelanggan sedia ada di samping menambah pelanggan baru.
Mereka juga akan memastikan supaya setiap tahun mereka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pelanggan baru. Bagi mengekalkan prestasi ini, kami merangka satu pelan induk perancangan projek sepanjang tahun.

Sumber : http://spmanagement.wordpress.com/2007/06/22/anugerah-usahawan-ict-2003/
Sumber : http://www.aspati.com.my/sekolah/index.php?aspati-profile-(eng),70