Usahawan SDSI


Pengusaha 1:

Puan Hamiah Zahid




KELIHATAN sosok tubuh seorang wanita duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang sambil jari-jemarinya pantas menjalin juraian daun mengkuang kering dengan penuh asyik.

Begitulah rutin Hamiah Zahid, 47, setiap hari. Jika tidak menganyam mengkuang untuk dibuat tikar atau kelarai, ibu kepada tiga orang anak ini akan membuat produk-produk kraf lain yang berasaskan mengkuang seperti kotak hadiah, kusyen, beg, kotak pensil, dompet duit dan pelbagai produk lain.
Dalam satu kunjungan media ke bengkel kraf milik Hamiah iaitu Cherating BNB Craft di Lot 3685, Kampung Cherating, Jalan Bukit Palas, Kuantan, Pahang baru-baru ini, mata masing-masing tertumpu pada pelbagai hasil kraf berwarna-warni yang diperbuat daripada mengkuang.

Pengaruh orang tua-tua

Anak sulung daripada lapan beradik ini memberitahu, penglibatannya dalam bidang anyaman mengkuang banyak dipengaruhi oleh orang-orang tua yang menganyam kelarai.
“Minat saya mula timbul melalui pemerhatian daripada orang-orang lama yang menganyam kelarai. Hasil seninya yang halus dengan pelbagai motif membuatkan saya mahu mendalaminya.
“Sejurus tamat sahaja Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), keesokan harinya saya terus mula belajar seni menganyam,” katanya yang mula serius dalam bidang anyaman pada umur 19 tahun.
Hamiah akan mengambil bahagian dalam Hari Kraf Kebangsaan 2012 kali ke-10 pada 21 Mac hingga 2 April ini. Acara yang bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu pernah menjalani Kursus Asas Latihan Anyaman di Terengganu dari tahun 1988 hingga 1990.
Tiga tahun kemudian, dia membuka bengkel di dapur rumah ibunya. Bermula dengan dua buah mesin, berkat kesungguhannya berbayar apabila sebuah bengkel berhampiran rumahnya dibuka pada akhir tahun 2008 hasil bantuan daripada Kraftangan Malaysia.
Sejak itu, perniagaannya berkembang hingga membolehkannya bergelar usahawan yang bernaung di bawah projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI).
Kejayaannya hari ini bukan sahaja daripada usaha penat jerih tulang empat keratnya, malah disokong dengan bantuan daripada pihak Kraftangan Malaysia yang memberikan kemudahan mesin jahitan sebanyak enam buah, lapan buah mesin daripada bantuan ekonomi kampung dan lima buah mesin lagi dibeli sendiri.
Penyandang Anugerah Usahawan Jaya Seni Anyaman 2007 (Kraftangan Malaysia) ini tidak pernah jemu membuat kerja-kerja anyaman dan mencipta produk kraf.
“Tiada istilah jemu dalam kamus hidup saya kerana bidang anyaman ini sudah menjadi darah daging saya.
“Lagipun, setiap hari kita lakukan kerja-kerja yang berbeza dan tidak menang tangan untuk memenuhi tempahan pelanggan yang sentiasa ada,” ujar wanita yang pernah mendapat Anugerah Kunita Jaya 2005 (Kementerian Pertanian Malaysia dan Kerajaan Negeri Pahang),” katanya.

Pengusaha 2 :

Hajah Habibah Zikri

              

Hajah Habibah Zikri satu nama besar yang turut mewarnai indusri songket negara.  Lahir pada  5 Februari 1948 di Sungai Petani,  Kedah Darul Aman di tengah-tengah keluarga yang besar.  Anak ketiga daripada sembilan adik beradik yang terdiri daripada  dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan ini amat meminati seni.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Sungai Petani dan kemudian meneruskan pengajian dalam jurusan tekstil pada tahun 1971 di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA, kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA.  Di sinilah beliau mendalami bidang seni khususnya dalam bidang tekstil.   Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1974, beliau ditawarkan bekerja di Kraftangan Malaysia sebagai pereka dan diberi tanggungjawab menghasilkan rekaan baru kraf tekstil tempatan.
Pucuk dicita ulam mendatang, ilmu yang diperolehi di menara gading diaplikasikan dalam bidang tugas yang telah diamanahkan.  Semasa di Kraftangan Malaysia beliau terus mendalami  bidang tenunan khususnya songket.  Sebagai pereka, beliau sering turun padang melihat dan berjumpa sendiri pengusaha-pengusaha songket.  Beliau mendalami ilmu tenunan dengan turut serta melakukan proses dan kerja-kerja menyongket dari awal sehingga akhir.  Di hatinya telah tersemat azam bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi pengusaha songket yang berjaya.  Rumah tangga yang dibina bersama Encik Shamsul Baharin Abdul Mutalib dikurniakan dengan tiga orang cahayamata. Minat dan cita-cita dikongsi bersama suami dan keluarga.   

Setelah sembilan tahun berkhidmat sebagai pereka, beliau meletakkan jawatan dan mengusahakan tenunan  songket dan cita-cita beliau mendapat sokongan daripada suami serta keluarga. Berbekalkan bakat serta kemahiran sebagai pereka, Puan Habibah memulakan kerjaya sebagai pengusaha songket. 
Setelah lebih daripada 33 tahun menceburi bidang Tenunan songket, Puan Hajah Habibah telah meletakkan namanya sebagai penenun yang terkenal dan disegani di negara ini.  Hasil ciptaan kreatif beliau telah menyemarakkan semula industri songket negara.

Banyak kejayaan yang diraih  beliau sepanjang tempoh mengusahakan tenunan songket.  Pada tahun 1987 beliau menerima Anugerah - The Best Traditional Textile ASEAN di Jakarta.  Beliau turut menerima Anugerah Seni Tampak pada tahun 2002. 

Bibah Songket merupakan mercu tanda kejayaan Puan Habibah. Seramai 50 orang penenun songket bernaung di bawahnya, membantu beliau menghasilkan songket yang yang halus, cantik dan berkualiti. 
Songket rekaan beliau turut dijadikan sebagai setem pos kenang-kenangan sempena pelancaran Songket Seni Warisan Agong bersama-sama TV 3 dan Pos Malaysia pada tahun 2004.

Pengusaha 3:
Hajah Zainab @ Ngah Bt. Mamat


Dilahirkan pada 22 Disember 1942 di Kampung Gelung Gajah iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 7km dari Kuala Terengganu. Ketika itu Negara sedang di bawah jajahan tentera Jepun. Dalam keadaan yang serba kekurangan pasangan Che Mamat dan Mariam tetap menerima kehadiran puteri kedua mereka dengan penuh kesyukuran.
Kepayahan dan keperitan hidup akibat jepun rupa-rupanya menjadi pendorong kepada penduduk kampong ini untuk membina kerjaya khususnya dalam bidang tenunan. Kemahiran menenun kain diusahakan secara serius oleh kaum wanita termasuk keluarga Mariam. Pendapatan hasil menenun ini sedikit sebanyak membantu suaminya menyara tujuh orang anak yang masih kecil.
Selepas menamatkan pendidikan pada tahun 1955, Hajah Zainab yang ketika itu berusia 13 tahun ditawarkan untuk menjadi guru dan jururawat. Harapan ibu, ayah dan keluarga ingin melihat beliau menjadi guru tidak tercapai apabila Hajah Zainab memilih bidang tenunan sebagai kerjayanya. Minat, semangat dan kesungguhan akur dengan keputusan yang diambilnya untuk menjadikan tenunan songket sebagai mata pencarian.
Selama penglibatan dalam bidang tenunan ini, beliau banyak berurusan dan menerima bantuan daripada badan-badan yang berkaitan dengan kraftangan antaranya Kraftangan Malaysia dan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. Sokongan dari mereka turut menjadi pemangkin terhadap kerjaya beliau. Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau ,pada tahun 2002 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Tokoh Kraf Negara
 

Pengusaha 4:

Nama Pengusaha :  Puziah Binti Manaf
Alamat Syarikat : Wadja Enterprise, No.2, Gerai Pdjl, Kg Jawa, 72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan D.K
No. Tel / Faks : 06-4983966 / 017-3701060
Produk Jualan : Sos Cili / Pencicah
Tarikh Mula Operasi : 2009
Anggaran Jualan : RM 52,000.00 Setahun
Bahan Mentah : Cili Merah / Bawang Putih / Bijan
Bantuan Diterima : Peruntukan  Parlimen Jempol / Jab. Pertanian
Pengesahan Halal : Ada

Gambar Product

 

Pengusaha 5:

Nama Pengusaha :  Mokhtar Bin Derauh
Alamat Syarikat   : Nurida Food Industri, No.2, Gerai Pdjl, Kg Jawa
72200 Batu Kikir, Negeri Sembilan D.K
No. Tel / Faks      : 019-6073308
Produk Jualan      : Serunding
Tarikh Mula Operasi : 2006
Anggaran Jualan : RM 26,000.00 Setahun
Bahan Mentah : Daging Lembu / Daging Ayam / Ikan
Bantuan Diterima : Jabatan Veterinar / Peruntukan Ahli Parlimen/Sirim
Pengesahan Halal : Sedang Dalam Proses

Gambar Produk


Pengusaha 6 :

Nama Pengusaha :  Norfazliza Binti  Mohd Saleh
Alamat Syarikat : Faz Multi Resources, Pusat Pengumpulan Makanan Dan Jualan, Felda Serting Hilir
Kompleks, 72120 Bandar Seri Jempol.
No. Tel / Faks : 019-6140747
Produk Jualan : Sate Sejuk Beku
Tarikh Mula Operasi : 2008
Anggaran Jualan : RM 50,000.00 Setahun
Bahan Mentah : Daging Lembu / Ayam / Kacang / Cili
Bantuan Diterima : Jab. Pertanian / Sirim / Felda
Pengesahan Halal : Ada

Gambar Produk

Pengusaha 7:

Nama Pengusaha :  Hasnah Binti Latif
Alamat Syarikat : Desa Kraf Hasnah, D/A Desa Kraf Lonek, 72200 Batu Kikir, N.Sembilan
No. Tel / Faks : 019-2496357 / 06-4983568
Produk Jualan : Kraftangan Buluh
Tarikh Mula Operasi : 1991
Anggaran Jualan : RM 80,000 Setahun
Bahan Mentah : Buluh / Rotan / Mengkuang
Bantuan Diterima : Kraftangan Malaysia / Jab. Pertanian

Gambar Produk