En. Zulkifli Aman















USAHAWAN  : En. Zulkifli Aman
SYARIKAT     : Aman Network

WALAUPUN tidak pernah mempelajari bidang komputer dan teknologi maklumat (IT), ia tidak menghalang bagi Zulkifli Aman untuk menceburi perniagaan internet. Sungguhpun memiliki latar belakang dan kepakaran dalam bidang Seni Kraftangan Tekstil, namun beliau nekad untuk menyertai perniagaan internet.

Pengalaman hampir sepuluh tahun dalam perniagaan networking secara sambilan telah menyedarkan beliau bahawa teknologi internet dapat membantu hampir seratus peratus perniagaan networking. Sebagaimana networker lain, beliau telah penat menghantar flyers, membuat temujanji "table talk" mengejar prospek di kalangan rakan-rakan, saudara mara.

Pada permulaan beliau mempromosikan perniagaan network beliau dalam laman sosial Facebook, Tagged dan Twitter, tetapi cara itu dirasakan amat sukar memandangkan beliau belum ada pengalaman dan memiliki laman web yang kurang sempurna, hanya menyalin dari laman web pihak lain.

Ketiadaan ilmu membuat website menyebabkan beliau terpaksa mengupah webmaster. Duit telah dijelaskan tetapi sehingga kini satu laman website tidak pun disiapkan. Menyedari hakikat itu, beliau sedar bahawa sebenarnya tiada jalan singkat untuk berjaya dalam perniagaan online selagi ilmu membuat website tidak dipelajari.

Beliau terus mengikuti kursus membuat website selama dua hari di samping mempelajari teknik teknik pemasaran secara online. Sebaik menamatkan kursus, latihan membuat  website dilakukan sendiri sehinggalah berjaya menyiapkan hampir sepuluh buah laman website.

Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang perniagaan internet, tambahan pula ilmu membina website dan marketing online berjaya dikuasai, akhirnya beliau menubuhkan Aman Network untuk menggiatkan lagi aktiviti perniagaan internet dengan lebih serius dan professional.

Sungguhpun tidak sehebat pakar-pakar internet, tetapi website yang dibina itu berjaya menarik "traffic” yang tinggi dan secara tidak langsung telah berjaya menghasilkan sedikit pendapatan untuk bayar bil-bil keperluan. Ia sudah memadai bagi Zulkifli di peringkat permulaan.
Rahsia Kejayaan Amannetwork
Ramai kenalan yang bertanya. Adakah cara untuk  menjana pendapatan dengan cepat di internet?  Jawabannya "tidak ada short cut" setakat ini belum ada lagi cara menjana pendapatan dengan cepat sebab saya sendiri belajar "yang dah agak lewat" dari asas bermula dengan belajar membuat website  dan seterusnya barulah saya belajar cara cara mempromosikan laman website.

Apabila mempunyai ilmu barulah saya mula menikmati pendapatan dan saya mengambil masa lima bulan. Masa 18 jam sehari latihan untuk menguasai kemahiran menjalankan perniagaan internet. Sehingga hari ini saya masih mempelajari lagi perkara-perkara yang baru.

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Encik Mazelan Abbas kerana beliau adalah guru yang mengajar saya dalam GDI di Malaysia.