Mohd Zulfadli atau lebih dikenali dengan panggilan SmartZul merupakan seorang usahawan sepenuh masa yang melakukan perniagaan melalui Internet sejak tahun 2005.
Bidang fokus beliau adalah penulisan dan penerbitan sendiri produk informasi seperti ebook, audio, video, blog dan sebagainya.
Kini, fokus utama beliau adalah menghasilkan produk-produk informasi yang memberi manfaat kepada individu/pihak yang memerlukan penyelesaian dan panduan yang berkaitan. Beliau juga dijemput memberikan ceramah mengenai perniagaan Internet dan mengendalikan bengkel (sebagai Trainer).
Setelah berkecimpung dalam bidang ini secara sepenuh masa selama lebih 5 tahun, beliau meneruskan langkah perjuangannya dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan kemahiran kepada rakyat Malaysia yang berminat dan serius untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau sekurang-kurangnya menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
Versi ringkas: Mohd Zulfadli (SmartZul) memulakan perniagaan Internet sejak tahun 2005. Fokus beliau lebih kepada penghasilan produk informasi seperti ebook, video dan audio. Selain mengurus perniagaannya sendiri, beliau juga membimbing individu lain melalui kursus, konsultasi, coaching dan seminar yang memfokus kepada memulakan perniagaan Internet, bisnes produk informasi dan “WordPress Blogging”. Hubungi beliau untuk maklumat lanjut.Antara usaha yang beliau lakukan:
Di antara bidang pengkhususan beliau dalam bidang Internet Marketing adalah:
- Menulis secara aktif di blog (sejak tahun 2005 sehingga sekarang)
- Menulis ebook (percuma dan berbayar)
- Aktif di forum komuniti dan laman web sosial seperti Facebook
- Menulis buku
- Konsultasi, seminar, bengkel dan personal coaching (berbayar)
- Memberi ceramah di IPT-IPT tempatan dan NGO.
- Membantu usahawan-usahawan internet yang sedang meningkat naik terutama yang mempunyai potensi besar untuk berjaya.
- Membuka ruang soal jawab melalui emel dan juga blog.
Beliau juga amat berminat di dalam bidang pembangunan diri, bisnes dan keusahawanan di mana topik-topik tersebut juga kerap ditulis di blog ini dan juga di Facebook.
- WordPress & Blogging
- Email Marketing
- Affiliate Marketing
- Teknikal IT untuk Internet Marketing
- Penerbitan Produk Informasi
- Facebook Marketing
Produk
Buat masa ini beliau lebih kepada penghasilan produk-produk informasi seperti ebook, video, audio, manual, simple systems dan juga laporan ringkas (special report). Antara produk yang telah diterbitkan:
Setakat ini, produk yang paling hangat mendapat sambutan adalah Pakej Kit Blogger di mana lebih daripada 1500 orang telah mendapat manfaat daripada panduan tersebut dalam membina blog dot com mereka sendiri.
- Pakej Kit Blogger
- Panduan Kuasa Forum
- Sistem EZSurvey
- Teknik Mudah Affiliate
- Sistem DPP
- Kuasa FTP (Terbaru!)
- Panduan Asas Paypal (Terbaru!)
- Pejuang Impian (Terbaru!)
Sejak tahun 2005-2007, beliau aktif di dalam menjalankan program seminar Internet Marketing bersama beberapa orang rakan seperniagaannya, di samping melakukan secara persendirian sama ada ceramah, seminar, konsultasi dan juga bengkel perniagaan internet.
Prinsip beliau dalam membimbing setiap individu adalah membina asas dan tapak yang kukuh, sebelum mula menyasarkan matlamat yang lebih besar. Selain itu, beliau kerap menekankan aspek hakikat sebenar perniagaan Internet tanpa menjanjikan sesuatu yang manis semata-mata.
Sumber : http://blog.smartusaha.com/mengenai-smartzul/